Kejohanan gusti lengan ikut SOP

Kejohanan Super 16 Armwrestling akan diadakan selama dua hari bermula esok di Cherating.
Kejohanan Super 16 Armwrestling akan diadakan selama dua hari bermula esok di Cherating.
A
A
A

KUANTAN - Kelab Gusti Lengan atau Pangolin Arms akan menganjurkan kejohanan Super 16 Armwrestling selama dua hari bermula esok.

Presidennya, Azlinda Adnan berkata, kejohanan itu pertama kali diadakan selepas negara dilanda pandemik koronovirus (Covid-19) sejak Mac lalu.

Katanya, antara peserta yang dijangka menjadi tumpuan ialah dari pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Beliau berkata, kejohanan itu akan diadakan sebuah dewan di Cherating, secara tertutup.

"Bagaimanapun penonton tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan manakala kehadiran pengamal media akan dikawal selain perlu

menjalani pemeriksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Meja gusti akan disanitasi secara konsisten dan peserta perlu memakai pelitup muka ketika pertarungan," katanya.

Azlina menjelaskan, terdapat enam kategori melibatkan sekitar 100 peserta penggusti lengan yang akan terlibat.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penganjur akan mengatur jadual pertarungan dengan sebaiknya supaya 100 peserta tidak berkumpul di dalam dewan dalam pada satu masa.