Sistem CoBRa tingkat mutu, operasi perbankan Bank Rakyat

Bank Rakyat
Bank Rakyat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat bakal melaksanakan proses transformasi digital ke sistem Perbankan Teras (Core Banking, CoBRa) baharu bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Rosman Mohamed berkata, CoBRa merupakan salah satu projek rintis Bank Rakyat ke arah perbankan digital bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman perbankan terbaik melalui peningkatan sistem automasi berskala tinggi.

“Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan memenuhi keperluan rangka kawal selia baharu, di samping merancakkan lagi inovasi kewangan serta memacu transformasi digital industri perbankan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Proses menaik taraf sistem perbankan teras itu akan bermula dari Jumaat, 9 Oktober 2020, jam 4 petang sehingga Isnin, 12 Oktober 2020, jam 12 tengah hari.

Sehubungan itu, pelanggan dinasihatkan agar merancang transaksi perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula seperti yang telah dijadualkan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80- 5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my dan laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).

Artikel Berkaitan: