X

Kindly register in order to view this article
!

Dron kesan lokasi sindiket curi balak

Sebahagian daripada 46 tual balak pelbagai spesies ditemui dalam Hutan Simpan Som, Jerantut yang cuba dicuri.
A
A

KUANTAN - Sebanyak 46 tual balak pelbagai spesies yang dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dan tiga jentera dirampas Unit Penguatkuasaan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Jerantut dalam Hutan Simpan Som, Jerantut kelmarin.

Pegawai PHD Jerantut, Mohd Zarin Ramlan berkata, rampasan dilakukan selepas intipan dan pemantauan bersama anggota Unit Penguat kuasa Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) hasil maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, intipan menggunakan dron mengesan lokasi yang diceroboh sindiket mencuri balak dan kawasan penyimpanan jentera untuk untuk membuat jalan, menarik dan memindahkan balak.

"Kita sedang berusaha mengesan ahli kumpulan sindiket itu yang dipercayai antara tiga hingga lima individu dan berpengalaman luas mencuri balak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara jentera yang dirampas PHD Jerantut, kelmarin.
Antara jentera yang dirampas PHD Jerantut, kelmarin.

Sebelum itu, Mohd Zarin berkata, antara balak yang ditemui ialah spesies seperti meranti, merbau, keruing, sepetir, pelong, medang dan kempas.

Tambahnya, pelbagai kaedah digunakan oleh anggota sindiket untuk memindahkan kayu bulat pelbagai saiz termasuk bergergaji.

"Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 menunggu mereka yang bersalah," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!