KPLB prihatin dengar suara peserta Felcra

Hendry menyampaikan bakul makanan kepada Siti Damit, 60, pada majlis penyerahan tinjauan mesra bakul makanan kepada peserta Felcra di Kampung Ulu Sipitang.
Hendry menyampaikan bakul makanan kepada Siti Damit, 60, pada majlis penyerahan tinjauan mesra bakul makanan kepada peserta Felcra di Kampung Ulu Sipitang.
A
A
A

SIPITANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam usaha membawa pelbagai projek yang dicadangkan untuk diketengahkan kepada pihak tertinggi supaya dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, pihak kementerian prihatin dalam mendengar suara rakyat terutama peserta Felcra Berhad.

Menurut Henry, kementerian komited untuk melihat dan mendengar jika ada masalah dengan program yang dilaksanakan oleh pihak Felcra Berhad.

“Walaupun tiada masalah tetapi kita mahu tahu dari segi keperluan di masa hadapan.

“Sebelum ini, kita singgah di Keningau dan Tenom dalam program yang sama untuk melihat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Felcra bagi memantau program yang telah dan sedang dilaksanakan khususnya yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tinjauan Mesra Penyerahan Bakul Makanan kepada Peserta Felcra di Kampung Ulu Sipitang di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Felcra Berhad, Yamani Hafez Musa berkata, setakat ini, pihaknya sudah membayar dividen sebanyak RM3.6 juta kepada peserta.

“Kita membayar kepada semua peserta sejak tahun 2003 hingga 2018 merangkumi RM3.6 juta lebih hasil tanaman kelapa sawit membabitkan 200 lebih hektar tanaman di Ulu Sipitang.

Artikel Berkaitan:

Hendry (enam dari kanan) bersama peserta Felcra dan penerima bantuan pada Majlis Tinjauan Mesra Penyerahan Bakul Makanan Kepada Peserta Felcra di Kampung Ulu Sipitang.
Hendry (enam dari kanan) bersama peserta Felcra dan penerima bantuan pada Majlis Tinjauan Mesra Penyerahan Bakul Makanan Kepada Peserta Felcra di Kampung Ulu Sipitang.

“Sebanyak 75 peratus peserta Felcra di seluruh negara yang tidak mempunyai pendapatan tetap iaitu golongan B40 menerima manfaat daripada dividen itu,” katanya.

Yamani berkata, Felcra juga mempunyai projek lain di sekitar Beaufort dan Sipitang bagi membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan.

“Kita ingin memastikan dalam keadaan mencabar ini dengan kebergantungan kepada harga komoditi sawit yang mana pada tahun lalu ia agak menurun tetapi Alhamdulillah, pada tahun ini meningkat dan kita harap trend itu berterusan supaya Felcra dapat terus beri dividen kepada peserta.

“Hari ini, sumbangan kepada keluarga yang memerlukan turut diberikan,” katanya.

Terdahulu, seramai enam penerima bantuan terdiri daripada golongan warga emas dan ibu tunggal menerima bakul makanan daripada KPLB.

Bakul makanan daripada KPLB itu berisi makanan asas seperti beras, minyak, telur, kopi dan lain-lain bagi tujuan meringankan beban hidup penerima.