RM1 juta dana AET untuk B40

Henry (tiga dari kanan) memindahkan kelulut ke sarang baharu ketika meninjau Program AET Ternakan Lebah Kelulut di Kampung Lubuk Darat, semalam.
Henry (tiga dari kanan) memindahkan kelulut ke sarang baharu ketika meninjau Program AET Ternakan Lebah Kelulut di Kampung Lubuk Darat, semalam.
A
A
A

SIPITANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk pelbagai aktiviti ekonomi khusus kepada golongan B40 di Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, peruntukan tersebut disalurkan untuk melaksanakan program yang dapat membantu golongan berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus keluar daripada kemiskinan.

Menurutnya, ketika ini dana berjumlah RM1 juta disediakan untuk usahawan kecil termasuk pengusaha madu kelulut.

Henry (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada pengusaha madu kelulut, Dg Arnilah Ag Arsad mengenai pemprosesan madu kelulut ketika lawatannya ke Kampung Lubuk Darat, Sipitang semalam.
Henry (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada pengusaha madu kelulut, Dg Arnilah Ag Arsad mengenai pemprosesan madu kelulut ketika lawatannya ke Kampung Lubuk Darat, Sipitang semalam.

“Setakat ini, seramai 87 pengusaha di Sabah sudah menerima peruntukan sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM870,000 daripada RM1 juta dana yang disediakan,” katanya ketika melawat Program AET Ternakan Lebah Kelulut di Kampung Lubuk Darat di sini semalam.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena lawatan kerjaya Henry di Sabah. Turut hadir, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafiz.

Dalam pada itu, Henry berkata, kerajaan sememangnya berhasrat memberikan fokus kepada program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40.

Artikel Berkaitan:

Henry (kiri) melihat sendiri kaedah pemprosesan madu kelulut asli.
Henry (kiri) melihat sendiri kaedah pemprosesan madu kelulut asli.

“Kita mahu pemuda kita keluar daripada kemiskinan dan memang itu hasrat kerajaan untuk golongan ini menambah pendapatan.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin juga amat diperlukan untuk kita menjadi lebih maju,” katanya.

Henry berkata lagi, KPLB juga sedang berusaha memperkasakan daerah Sipitang melalui pelaksanaan program Desa Lestari.