Madius cuba nasib tanding DUN Sabah

Madius bersama pengundi pada Program Penerangan Kempen bersama Jentera dan ahli parti UPKO di Dewan Serbaguna Kampung Tombongon.
Madius bersama pengundi pada Program Penerangan Kempen bersama Jentera dan ahli parti UPKO di Dewan Serbaguna Kampung Tombongon.
A
A
A

KIULU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tidak pernah terfikir untuk bertanding pada pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Katanya, keputusan bertanding untuk merebut kerusi DUN Kiulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bertujuan meneruskan usaha kesinambungan pembangunan kerajaan khususnya di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini saya hanya bertanding di peringkat Parlimen yang kini sudah hampir empat penggal dan ini kali pertama saya mencuba peluang di peringkat DUN Sabah.

“Ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik seterusnya menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri, saya telah membawa kertas cadangan ke Kabinet untuk melaksanakan sebuah pejabat daerah kecil Kiulu. Syukur ia diluluskan dan kini cuma menunggu untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penerangan Kempen bersama Jentera dan ahli-ahli UPKO di Dewan Serbaguna Kampung Tombongon Kiulu di sini, semalam.

Katanya, sekiranya diberi mandat rakyat selepas PRN, beliau akan merealisasikan pembinaan pejabat daerah kecil Kiulu dan pelan strategik pembangunan kawasan berkenaan.

“Saya serahkan kepada rakyat di Kiulu sama ada saya layak untuk mewakili mereka atau tidak pada PRN kali ini namun saya akan tetap memberi khidmat terbaik untuk rakyat sebagai ahli Parlimen jika tidak terpilih selepas 26 September nanti.

“Kedudukan saya bukan lagi kehendak individu atau kepentingan sendiri. Kita ini daripada rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat. Ini merupakan asas dan pertimbangan saya,“ katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, seramai 10,887 pengundi layak memilih pada PRN Sabah bagi kawasan DUN Kiulu 26 September ialah tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September ini.