X

Kindly register in order to view this article
!

Budak maut, enam cedera pulang dari mendaki bukit

Kenderaan dinaiki enam mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 33, Jalan Simpang Kerayong - Mayam di Gugusan Bera - Felda Purun. - Foto Facebook Kelab Media Baru Bera-KMBB
A
A

BERA - Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala enam lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan di Kilometer 33, Jalan Simpang Kerayong - Mayam di Gugusan Bera - Felda Purun di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa, Siti Aida Syamimi Mahmud Fauzi, 10, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dia bersama keluarga pulang daripada aktiviti mendaki Bukit Senorang, Kemayan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas sendiri.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa pemandu, Mardiah Mahamudin, 43, yang juga ibu mangsa dalam perjalanan dari arah Simpang Kerayong menghala ke Mayam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu gagal kawal kenderaan semasa menuruni bukit lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Ini menyebabkan mangsa yang juga penumpang belakang mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kereta terbabit dinaiki enam penumpang perempuan termasuk mangsa ketika kejadian.

"Pemandu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka di tangan kanan manakala lima penumpang lain turut cedera.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!