Tergamak kau wahai anak...

No Image Caption
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki bukan sahaja tergamak memukul ibunya sendiri malah turut menyepak kaki wanita itu di sebuah rumah di Permatang Kerai di sini, semalam.

Suspek yang juga bekas banduan berusia lingkungan 20-an itu turut mengamuk dengan memecahkan kipas angin dan merosakkan barang-barang di dalam rumah kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia 46 tahun kemudian membuat laporan polis kerana bimbang anak tunggalnya itu bertindak di luar kawalan.

“Suspek yang mengamuk turut menyepak pergelangan kaki kanan mangsa dan mangsa yang berasa takut kemudian terus keluar dari rumah lalu membuat laporan di balai polis.

“Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku di ruang tamu rumah mangsa dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek yang baru keluar dari Penjara Pulau Pinang Disember lalu dan pernah mendapat rawatan psikiatri pada 2016 berjaya ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, hari ini.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Kepala Batas dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami bengkak pada pergelangan kaki kanan dan namun dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan.

“Sementara itu, ujian saringan yang dijalankan suspek positif dadah disyaki Methaphatamine dan semakan mendapati dia mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Noorzainy berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(a) Akta Keganasan Rumah Tangga.