Sarawak Pay catat 13 juta urus niaga: Abang Johari

Abang Johari membayar menggunakan aplikasi Sarawak Pay pada pelancaran Transaksi Tanpa Tunai Sarawak Pay dan perkhidmatan Jalur Lebar (Wifi) Percuma di Pasar Sentral, Sibu hari ini. - Foto Bernama
Abang Johari membayar menggunakan aplikasi Sarawak Pay pada pelancaran Transaksi Tanpa Tunai Sarawak Pay dan perkhidmatan Jalur Lebar (Wifi) Percuma di Pasar Sentral, Sibu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SIBU - Sarawak Pay, aplikasi dompet elektronik atau e-wallet urus niaga membeli-belah tanpa tunai yang diperkenalkan kerajaan negeri kini semakin popular apabila ia merekodkan sebanyak 13,789,499 urus niaga bernilai kira-kira RM588,252,980 sejak dilaksanakan November 2017.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut jelas menunjukkan Sarawak Pay dengan penggunanya seramai 443,396 orang dan 64,254 peniaga yang berdaftar diterima sebagai gaya hidup baharu rakyat Sarawak ketika ini.

“Semasa pandemik COVID-19 (pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan), orang ramai tidak dapat bergerak dan hanya duduk di rumah sahaja.

"Ketika itu, mereka mula menggunakan Sarawak Pay,” katanya semasa berucap melancarkan Sarawak Pay dan Wi-Fi percuma di Pasar Sentral Sibu," katanya.

Menurutnya, aplikasi Sarawak Pay adalah salah satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk mentransformasikan negeri itu ke arah ekonomi digital.

“Sarawak Pay memudahkan urusan pembelian dan pembayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak dalam dompet dan Pasar Sentral Sibu ialah pasar terbesar di Sarawak mencatatkan jumlah peniaga teramai menggunakan aplikasi ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: