Saudara-mara wanita kulit hitam dapat ganti rugi RM49.57 juta

Gambar fail menunjukkan seorang penunjuk perasaan memegang poster mengandungi wajah Breonna Taylor yang ditembak mati oleh beberapa pegawai polis Louisville. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang penunjuk perasaan memegang poster mengandungi wajah Breonna Taylor yang ditembak mati oleh beberapa pegawai polis Louisville. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Saudara-mara Breonna Taylor iaitu seorang wanita berkulit hitam yang mati ditembak dalam satu kejadian tembak-menembak di rumahnya pada Selasa lalu mengumumkan mereka telah mencapai penyelesaian dalam tuntutan satu kesilapan menembak dengan pihak bandar raya Louisville sebanyak AS$12 juta (RM49.57 juta).

Penyelesaian sivil itu dilakukan dengan cepat sekali gus menggambarkan tekanan daripada orang awam dan emosi yang menyelubungi kes wanita berusia 26 tahun itu dan menjadi bantahan dalam pergerakan Black Lives Matter.

Taylor meninggal dunia pada 13 Mac lalu sebelum seorang lelaki kulit hitam, George Floyd turut menemui nasib yang sama pada 25 Mei lalu di Minneapolis apabila pegawai polis berkulit putih menggunakan teknik menekan lutut pada lehernya.

Ia menyebabkan tercetusnya protes bagi menentang keganasan polis dan isu perkauman.

Taylor mati ditembak apabila tiga pegawai polis berpakaian biasa melakukan penggeledahan tanpa mengetuk pintu dan waran bertindak menyerbu apartmennya pada lewat malam.

Teman lelakinya yang berada bersamanya ketika itu kemudian mengambil sepucuk pistol dan berlaku kejadian tembak-menembak.

Para pegawai polis itu pada mulanya menganggap lelaki tersebut adalah seorang penjenayah.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian itu, pegawai-pegawai polis berkenaan yang tidak mengaktifkan kamera badan seperti yang diperlukan menembak Taylor sebanyak lapan kali dan membunuhnya.

"Ia hanyalah permulaan untuk mendapat keadilan penuh terhadap Breonna Taylor," kata ibunya, Tamika Palmer. - AFP