'Kita kuat sebab kita rojak'

Harapan Chong Wei kepada rakyat negara ini sempena Hari Malaysia hari ini.
Harapan Chong Wei kepada rakyat negara ini sempena Hari Malaysia hari ini.
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajak seluruh rakyat pelbagai kaum negara ini untuk meneruskan perjuangan generasi terdahulu yang bersama bersatu padu membentuk Malaysia.

Bekas pemain nombor satu dunia itu pada masa sama mengakui bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

"57 tahun lalu, moyang kita berjuang bersama dan memberikan rumah yang dinamakan Malaysia. Tanpa mereka, manalah kami?

"57 tahun kemudian adalah perlu untuk kita mengambil semangat mereka dan meneruskan perjuangan demi generasi masa depan," katanya di Facebook hari ini.

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

Menurutnya, seseorang itu patut bangga selagi masih menjadi rakyat Malaysia, walau apa jua bangsa dan di mana berada.

"Tidak kira siapa anda, di mana anda berada, tidak kira bangsa agama, selagi anda rakyat Malaysia, anda patut bangga. Saya rasa bangga sekali menjadi rakyat Malaysia. Malaysia tidak pernah berseorangan, kita kuat sebab kita rojak.

"Saya percaya saya sudah melakukan yang terbaik demi negara dan saya akan terus melakukannya selagi saya hidup. Saya juga harap anak saya memainkan peranannya demi negara tercinta ini," kata bekas pemain berusia 37 tahun itu menerusi laman Facebooknya sempena Sambutan Hari Malaysia, semalam.

Artikel Berkaitan: