Dua scammer diberkas polis

PDRM
PDRM
A
A
A

KLANG - Polis memberkas dua individu kelmarin yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan di daerah Klang tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, suspek pertama seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat kira-kira jam 1.44 petang.

"Semakan mendapati suspek ini memiliki lapan rekod lampau bersabit kes penipuan.

"Tangkapan suspek susulan laporan polis daripada mangsa yang diperdaya pelaburan penapis haba tingkap rumah pada 11 Disember lalu. Mangsa telah membuat pembayaran menerusi empat transaksi berjumlah RM8,500," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu, suspek kedua seorang wanita berusia 29 tahun yang juga berperanan sebagai pemilik akaun itu pula ditahan di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 10.05 malam.

Katanya, penahanan itu susulan mangsa seorang guru berusia 39 tahun pada 19 Disember lalu yang kerugian RM19,960.60 selepas diperdaya menerusi satu panggilan yang mengatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat.

Tambahnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, orang ramai juga perlu membuat semakan secara terperinci sebelum melakukan apa-apa transaksi dan pembayaran. Orang ramai boleh membuat semakan melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi melihat sama ada akaun itu pernah disiasat atau sebaliknya," katanya.