Seramai 130 mangsa banjir di Perak masih di PPS

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seramai 130 mangsa banjir di Perak masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kerian dan Kampar sehingga jam 7 malam ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, Leftenal Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, PPS pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di daerah Kerian sejak 12 September yang menempatkan 76 mangsa selepas lima kampung dinaiki air.

Menurutnya, satu lagi PPS turut dibuka di daerah sama bagi menempatkan 19 orang mangsa banjir di Kampung Parit Abu Hassan, Alor Pongsu sejak 14 September lalu.

"Satu lagi PPS dibuka semalam di Dewan Dato' Azman Mahalan, Kuala Dipang bagi daerah Kampar bagi menempatkan seramai 35 mangsa banjir di Kampung Jeram, Kampar.

"Seramai 53 petugas terlibat membantu menguruskan mangsa banjir di tiga PPS berkenaan," katanya dalam maklumat ringkas kepada media hari ini.

Semalam seramai 122 mangsa ditempatkan di tiga PPS berkenaan selepas berlaku banjir di daerah Kerian dan Kampar.

Artikel Berkaitan: