Bekalan air pulih berperingkat malam ini

Kerja-kerja pembaikan paip pecah berkenaan selesai sepenuhnya jam 4.30 petang tadi.
Kerja-kerja pembaikan paip pecah berkenaan selesai sepenuhnya jam 4.30 petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna di sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang yang berdepan gangguan air tidak berjadual dijangka akan mula menerima bekalan itu secara berperingkat bermula jam 8 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ini adalah susulan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan berhampiran Masjid KLIA telah siap sepenuhnya pada jam 4.30 petang tadi.

"Bagaimanapun, bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di daerah Kuala Langat dan Sepang masih digerakkan bagi membantu pengguna terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan sebanyak sembilan kawasan di daerah Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, susulan kejadian paip pecah berkenaan.

Berikutan itu, bekalan air telah ditutup pada jam 1 pagi tadi, bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dilaksanakan.

Kawasan yang terlibat bagi daerah Kuala Langat adalah Taman Langat Utama, Taman D’Menara, Taman Murnimas, RTB Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan, Taman Langat Murni, Bandar Mahkota dan Bandar Brooklands, manakala bagi daerah Sepang melibatkan Estet SOPEC.

Artikel Berkaitan: