Bekalan air premis judi dipotong

Tindakan pemotongan bekalan air dilaksanakan di 20 buah premis perjudian online di sekitar Klang, semalam.
Tindakan pemotongan bekalan air dilaksanakan di 20 buah premis perjudian online di sekitar Klang, semalam.
A
A
A

KLANG - Polis dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memotong bekalan air di 20 buah premis perjudian online di sekitar daerah ini, semalam.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, sebanyak 10 premis di Bandar Parklands dikenakan tindakan pemotongan bekalan air manakala 10 lagi premis terletak di Pulau Indah.

"Ops Judi Online ini dilakukan bertujuan membanteras aktiviti perjudian online khususnya di sekitar kawasan pentadbiran IPD Klang Selatan.

"Operasi ini akan diteruskan dan kita mahu pastikan tiada lagi premis haram ini beroperasi semula hasil tindakan sedemikian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar (tengah) mengetuai operasi pemotongan bekalan air di premis perjudian sekitar daerah Klang semalam.
Shamsul Amar (tengah) mengetuai operasi pemotongan bekalan air di premis perjudian sekitar daerah Klang semalam.

Tegasnya, amaran keras diberikan kepada sindiket terbabit dan pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat mahu pun bersekongkol dengan kegiatan itu.

"Bagi setiap masyarakat yang mempunyai aduan, sebarang maklumat berkaitan kegiatan perjudian boleh disalurkan ke talian disediakan di setiap bilik gerakan khas yang dibuka di setiap kontinjen polis negeri seluruh negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberikan arahan agar kes fail dibuat untuk diambil tindakan di bawah Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap mana-mana sindiket perjudian yang dikenal pasti menganjurkan kegiatan perjudian haram.