X

Kindly register in order to view this article
!

Konvoi motosikal RXZ berakhir tragedi

Keadaan sebuah motosikal RXZ yang terlibat kemalangan di Kilometer 409.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, hari ini.
A
A

HULU SELANGOR - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ dari ibu negara menuju ke utara tanah air berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 409.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa dikenali Shahiran Abdull Halim, 26, maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca selepas motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa telah bergesel dengan dua lagi motosikal rakannya.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak di lorong tengah sebelum digilis sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah belakang.

"Dua rakan mangsa dilaporkan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga motosikal terbabit rosak teruk.

"Siasatan awal juga mendapati kumpulan konvoi motosikal itu dalam perjalanan dari ibu negara ke utara.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!