X

Kindly register in order to view this article
!

Usah ghairah fikirkan JDT

Aidil Sharin Sahak
A
A

PEMAIN-pemain Kedah diingatkan supaya fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan tanpa perlu terlalu memikirkan untuk mengejar pendahulu CIMB Liga Super, JDT.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, mustahil buat pendahulu liga tersebut yang mengumpul 19 mata untuk keciciran enam mata pada baki saingan berdasarkan momentum dan kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan selatan itu.

Menurutnya, Kedah yang kini berada di tangga kedua dengan 13 mata juga perlu berusaha mengekalkan momentum kemenangan dan pada waktu yang sama tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan sekarang.

"Kita perlu realistik bahawa JDT adalah salah satu pasukan terbaik dalam liga. Bukan mudah untuk kita melihat mereka tercicir enam mata dalam empat perlawanan terakhir ini. Perkara ini perlu diakui,"katanya ditemui media selepas menjalani latihan di Stadium Mini Jitra dekat sini petang semalam.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kota Setar, Aidil Sharin berkata, beliau mengakui sedikit memberikan kesukaran kepada anak-anak buahnya untuk turun berlatih dalam mengekalkan momentum.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya bersyukur kerana diberi kebenaran untuk berlatih di Jitra selepas gagal berlatih di lokasi biasa di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.

Pada empat perlawanan terakhir, Kedah bakal turun menentang Sabah, Pahang, Melaka dan Perak manakala JDT pula akan bertemu Selangor, PJ City, Sabah dan Melaka.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!