Restoran simpan daging biawak, babi hutan diserbu

Ismail (kiri) menunjukkan daging hidupan liar yang ditemui di sebuah premis sewaktu operasi bersepadu dijalankan di sekitar daerah Seri Alam semalam. - Foto IPD Seri Alam
Ismail (kiri) menunjukkan daging hidupan liar yang ditemui di sebuah premis sewaktu operasi bersepadu dijalankan di sekitar daerah Seri Alam semalam. - Foto IPD Seri Alam
A
A
A

JOHOR BAHRU- Sebuah restoran yang menyimpan dan memiliki daging haiwan eksotik tanpa lesen di Seri Alam di sini diserbu penguat kuasa dalam satu operasi bersepadu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam operasi bersepadu melibatkan 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perhilitan Johor bermula jam 11 pagi itu telah memeriksa 10 premis restoran di daerah ini.

Menurutnya, sebuah restoran didapati menyimpan dan memiliki daging hidupan liar iaitu biawak seberat 17.5 kilogram (kg) dan babi hutan sebanyak 4kg tanpa kebenaran di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020.

"Nilai keseluruhan daging eksotik berkenaan dianggarkan berjumlah RM700.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun dan seorang lelaki warga India berumur 26 tahun ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tangkapan dan hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: