X

Kindly register in order to view this article
!

Pesara guru rugi RM460,000 ditipu Macau Scam

Seorang pesara guru lelaki kerugian RM460,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa beliau terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram - Foto 123RF
A
A

JOHOR BAHRU- Seorang pesara guru lelaki kerugian RM460,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa beliau terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Timbalan Ketua Jabatan Komersial, Jenayah Korporat/Kewangan Johor, Superintendan Amran Md Jusin berkata, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 68 tahun itu menerima panggilan telefon dari Pos Laju memaklumkan terdapat bungkusan yang mengandungi kad pengenalan mangsa.

Menurutnya, berdasarkan panggilan yang diterima mangsa pada 1 Ogos itu, mangsa turut didakwa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan dikehendaki memasukkan sejumlah wang ke beberapa akaun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Mangsa percaya dengan panggilan itu dan membuat pemindahan wang sejak 11 Ogos sehingga 28 Ogos kira-kira RM460,000 ke beberapa akaun bank seperti mana diarahkan. Selain wang persaraan mangsa, barang kemas isterinya turut dijual.

"Bagaimanapun, mangsa masih menerima panggilan dan mendakwa mangsa akan didakwa di mahkamah pula. Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas itu dan bertindak membuat laporan polis," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Amran kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang awam tidak mudah percaya dengan panggilan telefon mendakwa dari agensi penguatkuasa.

Katanya, agensi penguatkuasa tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank dan mengarahkan wang dipindahkan ke akaun bank lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!