Bomba selamatkan tiga beranak terperangkap dalam kebakaran

Mangsa membawa dua anaknya ke balkoni sebaik menyedari rumahnya dipenuhi asap tebal dari dapur memasak yang terbakar. Foto: JBPM Selangor.
Mangsa membawa dua anaknya ke balkoni sebaik menyedari rumahnya dipenuhi asap tebal dari dapur memasak yang terbakar. Foto: JBPM Selangor.
A
A
A

PUCHONG - Seorang ibu bersama dua anaknya yang terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Puchong Prima, di sini diselamatkan pasukan bomba pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berumur 31 tahun bersama anak perempuan berusia 9 tahun serta anak lelaki yang berumur setahun tidak dapat keluar disebabkan asap tebal dari dapur memasak.

Menurutnya, kesemua mangsa berada di balkoni tingkat satu ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong serta Cyberjaya tiba di lokasi kejadian.

"Pasukan bomba menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tangga di luar bangunan serta laluan tangga dalam rumah.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan bomba, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: