Kelahiran bayi Hari Malaysia hadiah istimewa

Haliza (kiri) bersama Muni dan bayinya yang lahir pada Hari Malaysia di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru hari ini.
Haliza (kiri) bersama Muni dan bayinya yang lahir pada Hari Malaysia di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hari Malaysia menjadi hari bahagia buat pasangan Muni Robo, 30, dan Ahmad Ruzaini Mohd Supri, 27, dari Johor Bahru apabila menerima kehadiran bayi pertama mereka hari ini.

Muni selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.8 kilogram secara normal pada jam 8.14 pagi tadi.

Menurut Muni, dia tidak menduga, bayinya lahir pada hari penuh bersejarah dan dianggap hadiah istimewa buat dirinya, suami dan keluarga.

“Ikutkan tarikh melahirkan pada 22 September, tapi memang selalu cakap pada bayi, supaya lahir pada Hari Malaysia (16 September).

“Neneknya (Salamah Noor, 60) dari Batu Pahat sudah datang ke Johor Bahru sejak kelmarin bagi menyambut kelahiran cucu yang ke-6 dan tanpa disangka mereka berkongsi hari lahir,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, sempena bulan kemerdekaan Kumpulan KPJ melancarkan kempen Bayi Merdeka dari 29 Ogos sehingga 31 Disember 2020.

Katanya, setiap kelahiran di KPJ Puteri akan menerima kerusi keselamatan bayi sebagai tanda sokongan perlaksanaan pemakaian kerusi keselamatan bayi dan kanak-kanak yang dikuatkuasakan kerajaan.

Artikel Berkaitan: