Remaja lemas tergelincir, leka ambil gambar

Mayat mangsa di bawa keluar dari kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Tembakah Hulu Besut, Besut (Foto: Ihsan Pembaca)
Mayat mangsa di bawa keluar dari kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Tembakah Hulu Besut, Besut (Foto: Ihsan Pembaca)
A
A
A

BESUT - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mati akibat lemas selepas tergelincir ketika sedang leka mengambil gambar di Hutan Lipur Lata Tembakah Hulu Besut di sini, pagi semalam.

Mangsa Nor Balqis Natasya Mohd Nazri sebelum itu berkunjung ke kawasan perkelahan berkenaan bersama dua rakan dan ibu saudaranya kira-kira jam 10.30 pagi.

Sejurus sampai di lokasi, mangsa dikatakan terus mengambil gambar dan beberapa minit kemudian, dia memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk mandi.

Difahamkan, baru sahaja meluahkan hasrat untuk mandi, mangsa tergelincir dari batu di kawasan air yang kedalamannya lebih lima meter.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Muhamamad Tarmimi Che Musa berkata, sejurus menerima panggilan seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa ditemui orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Pasir Akar di sini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Bilik Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: