X

Kindly register in order to view this article
!

Padah masuk restoran tanpa rekod maklumat diri

Pelanggan di sebuah restoran di Pantai Bersih dilihat tidak melakukan penjarakan fizikal.
A
A

BUTTERWORTH - Seramai tujuh pelanggan dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mendaftarkan diri dan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke dalam sebuah restoran di Pantai Bersih di sini dikenakan kompaun malam tadi.

Pemilik restoran berkenaan turut diarahkan menghentikan perniagaan serta merta dan ditutup tujuh hari selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, antara kesalahan yang dikesan seperti gagal memastikan pelanggan melakukan penjarakan fizikal selain pekerjanya didapati tidak memakai pelitup muka.

Pegawai polis memeriksa maklumat pelanggan dan mengesan mereka yang tidak merekodkan maklumat diri.
Pegawai polis memeriksa maklumat pelanggan dan mengesan mereka yang tidak merekodkan maklumat diri.

"Tidak ada alasan yang boleh diterima atas kegagalan pihaknya merekodkan kehadiran pelanggan sebelum masuk ke premis kerana perkara itu mesti dilakukan dan selalu diberi peringatan oleh pihak berkuasa.

"Siasatan yang dilakukan juga mendapati pengurus restoran terbabit tidak memberi taklimat kepada kakitangan berhubung jangkitan koronavirus (Covid 19) serta langkah pencegahan yang perlu dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noorzainy berkata, Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula jam 8 malam itu turut memeriksa lima premis perniagaan lain di sekitar kawasan Bagan termasuk sebuah restoran nasi kandar, pusat hiburan dan pusat snooker.

Operasi turut membabitkan pemeriksaan lima premis perniagaan lain di sekitar kawasan Bagan termasuk sebuah restoran nasi kandar, pusat hiburan dan pusat snooker.
Operasi turut membabitkan pemeriksaan lima premis perniagaan lain di sekitar kawasan Bagan termasuk sebuah restoran nasi kandar, pusat hiburan dan pusat snooker.

Katanya, operasi yang disertai 41 pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengeluarkan amaran bertulis kepada dua premis perniagaan supaya memastikan pematuhan SOP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!