X

Kindly register in order to view this article
!

Program AET beri pendapatan tambahan peneroka, peserta

Henry (kiri) melawat Projek AET Ternakan Madu Lebah Kelulut Kampung Kongkular, Tenom semalam.
A
A

TENOM - Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) mampu memberikan pendapatan tambahan dan mewujudkan pendapatan sampingan kepada peneroka, peserta dan benefisiari Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sementara menunggu projek utama iaitu tanaman kelapa sawit atau getah mengeluarkan hasil.

Ia melalui aktiviti ekonomi mapan yang dirancang dicapai oleh LKTNS, khususnya di bawah tiga segmen utama iaitu Pertanian, Penternakan dan Ekonomi Desa.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, pada tahun 2016, LKTNS telah menerima dana bagi Program AET daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan dalam bentuk geran berjumlah RM15 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta (5 tahun: 2016-2020) untuk Wilayah Timur dan RM5 juta untuk Wilayah Barat (3 tahun: 2017-2020).

“AET diterima sebagai pakej kepada projek pembangunan kawasan yang dibiayai KPLB Persekutuan melibatkan Penanaman Semula Tanaman Kelapa Sawit dan Pembangunan Tanah/Kawasan Baharu di bawah program pembangunan LKTNS di negeri Sabah dalam RMK11,” katanya ketika meninjau Projek AET di Projek Pembangunan Tanah Geran Komunal, Kampung Kabintaluan di sini semalam.

Henry berkata, program AET mula diperkenal dan dilaksana di bawah Projek Pembangunan Tanah Geran Komunal Kampung Kabintaluan pada tahun 2017 dengan tanaman lada yang di-usahakan secara berkelompok bagi penghasilan lada hitam dan lada putih berkeluasan dua hektar.

Menurutnya, bersesuaian dengan daerah Tenom yang terkenal dengan minuman kopi Tenom, LKTNS turut mewujudkan projek perintis tanaman kopi Robusta seluas satu hektar yang juga diusahakan secara berkelompok oleh peserta projek dan penanaman lada diperluaskan lagi sehingga tahun 2018, 2019 dan 2020.

“Terbaharu, LKTNS telah memperuntukkan sebanyak RM343,400 khusus untuk seramai 34 peserta AET Projek Ternakan Lebah Kelulut di Kabintaluan sejak tahun 2019 sehingga 2020,” kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!