Projek Taman Air Manis dijenama semula

Amirudin (dua dari kiri) membuat gimik pelancaran sewaktu Majlis Penjenamaan Projek Rumah Idaman Taman Air Manis di SACC, Shah Alam semalam.
Amirudin (dua dari kiri) membuat gimik pelancaran sewaktu Majlis Penjenamaan Projek Rumah Idaman Taman Air Manis di SACC, Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Taman Air Manis di Sabak Bernam yang tertangguh pembinaannya sebelum ini akan dijenamakan semula menerusi kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan syarikat perumahan GSM Sdn Bhd.

Menerusi penjenamaan semula itu, pelaksanaan pembangunan di kawasan tersebut akan dikenali sebagai Projek Rumah Idaman Taman Air Manis dan bakal menyediakan sebanyak 222 unit rumah teres setingkat dengan keluasan minimum 1,000 kaki persegi pada harga RM250,000 seunit.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelan pembangunan projek berkenaan telah dirangka semula dengan lebih teliti bagi memberi nafas baharu dan merancakkan lagi pembangunan lain di kawasan Sungai Air Manis.

“Keseluruhan projek ini yang turut melibatkan pembangunan bercampur dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2028 nanti,” katanya selepas Majlis Penjenamaan Projek Rumah Idaman Taman Air Manis di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim

Sementara itu, Amirudin berkata, pembangunan projek berkenaan telah tertangguh sejak tahun 2008, malah isu berkenaan pernah dibangkitkan pada Sidang DUN sebelum ini.

“Projek ini telah melalui beberapa fasa dan saya pernah menerangkannya dalam Sidang DUN lepas bahawa ia bermula dengan pelaksanaan pembinaan Hentian Rehat & Rawat (R&R) sebelum ini.

“Kini kita telah melantik kontraktor yang merupakan kontraktor tempatan di Sabak Bernam yang bersedia untuk bangunkan semula kawasan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Amirudin berkata, projek yang dibangunkan itu juga membuktikan secara jelas kerajaan negeri bersama PNSB akan terus memandang serius dalam melaksanakan pembangunan di utara Selangor dan sebahagian kawasan luar bandar.