X

Kindly register in order to view this article
!

Isu syarikat China, pesawat AS diserahkan kepada polis, SKMM

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) beramah mesra dengan Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam (kanan) pada Majlis Santai Petang Menteri Kanan Pertahanan bersama Penggiat Seni Tanah Air sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap dakwaan syarikat China mengumpulkan data 1,400 rakyat Malaysia dan pesawat Amerika Syarikat (AS) menyamar sebagai pesawat Malaysia diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, maklumat mengenai siasatan perkara berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana jika ia maklumat palsu maka hubungan baik Malaysia dengan negara-negara yang didakwa terlibat akan terjejas.

"Saya masih belum memperolehi maklumat lengkap tetapi yang penting banyak perkara yang perlu disiasat terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat laporan syarikat China kumpul 1,400 data rakyat Malaysia

"Banyak juga perkara yang keluar dalam media terutamanya media sosial belum ada ketepatannya," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis santai petang bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020 di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah agensi berita antarabangsa bahawa sebuah syarikat China yang mempunyai kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan di negara itu dilaporkan mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai sama ada pekerja premis perniagaan perlu mengimbas kod respon pantas MySejahtera atau menulis maklumat diri ketika bekerja di premis masing-masing, Ismail Sabri berkata, mereka juga perlu berbuat demikian.

"Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan wabak Covid-19 itu tidak hanya terhad kepada pelanggan di sesebuah premis tetapi setiap individu yang memasuki premis berkenaan,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!