X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat beli-belah di pusat bandar Beirut terbakar

Bahagian bumbung pusat beli-belah Beirut Souks rosak dalam kejadian kebakaran hari ini. - Foto Agensi
A
A

BEIRUT - Sebuah bangunan komersial di pusat bandar Beirut, Lubnan terbakar hari ini iaitu insiden kebakaran ketiga dalam tempoh seminggu ketika negara berkenaan masih terkejut dengan letupan besar yang merosakkan ibu kota itu bulan lalu.

"Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran. Hanya bahagian bumbung Beirut Souks sahaja yang rosak," kata Menteri Ketenteraman Awam, George Abou Moussa.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan punca kebakaran tidak diketahui.

Bangunan Beirut Souks direka oleh arkitek keturunan Iraq-Inggeris, Zaha Hadid.

Lokasi pusat beli-belah Beirut Souks terletak tidak jauh daripada lokasi tapak letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu.

Letupan di pelabuhan Bairut yang meragut lebih 100 nyawa itu didakwa berpunca daripada ammonium nitrat. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!