Makin ramai makin meriah

No Image Caption
A
A
A

SEBANYAK 447 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada 26 September ini.

Kesemuanya terdapat 404 lelaki dan 43 orang wanita, 56 daripada mereka yang bertanding adalah calon Bebas.

Ia membuktikan demokrasi segar bugar di negeri itu. Itu juga menunjukkan minat yang besar pada politik. Jumlah sebegitu ramai calon memberikan rakyat pilihan yang banyak untuk memilih.

Semua orang tahu bahawa keadaan politik Sabah tak sama macam di Semenanjung. Oleh sebab itu, banyak yang salah faham tentang apa yang berlaku di Sabah.

Budaya politik Semenanjung tak boleh dieksport ke Sabah. Begitu juga ada perkara yang sensitif yang mungkin orang Semenanjung tak faham di sana.

Pilihan raya negeri kali ini besar sekali pertaruhannya. Ia merupakan pertarungan antara Warisan Plus yang dipimpin oleh mantan Ketua Menteri yang popular, Datuk Seri Shafie Afdal dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui oleh UMNO.

Banyak pemerhati politik memberikan kemenangan awal pada Warisan Plus. Puncanya kerana berlaku masalah dalaman UMNO Sabah sendiri.

Tapi yang menarik ialah faktor parti yang tidak bertanding dalam PRN kali ini, Pas.

Artikel Berkaitan:

Kata Dewan Muslimat Pas, tak ada peluanglah orang Sabah nak masuk syurga kali ini.