X

Kindly register in order to view this article
!

Banduan simpan telefon bimbit untuk hubungi anak

Papan tanda menunjukkan penjara HMP Foston Hall in Derbyshire. - Foto Prison ORG UK - (Gambar kecil: Farieissia Martin - Foto Polis Merseyside)
A
A

LONDON - Seorang penghuni sebuah penjara di England didakwa mempunyai sebuah telefon bimbit di biliknya untuk menghubungi anak-anaknya, lapor akhbar Liverpool Echo pada 14 September lalu.

Menurut akhbar itu, penghui penjara HMP Foston Hall, Derbyshire itu, Farieissia Martin turut dituduh mempunyai sebilah pisau cukur yang didakwa oleh seorang peguam belanya digunakan untuk memotong bingkai gambar.

Martin ketika ini dilaporkan merayu sabitan kesalahannya kerana membunuh teman lelakinya dalam satu pergaduhan dan dipenjarakan selama 13 tahun pada 21 November 2014 di Dingle.

Hakim sebuah mahkamah di Derby, Nirmala Shant kemudian menangguhkan perbicaraan berhubung dakwaan Marin memiliki telefon bimbit dan pisau cukur sebelum membuat keputusan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

"Mempunyai sebilah pisau cukur untuk apa sahaja tujuan untuk memilikinya di dalam penjara merupakan satu perkara yang serius," kata hakim tersebut di kamar mahkamah.

Peguam belanya, Nigel Leskin berkata semasa perbicaraan baru-baru ini berkata, bahawa wanita itu menggunakan telefon tersebut untuk menghubungi dua anaknya yang masih kecil.

Telefon itu dikatakan diakui dimiliki oleh Martin semasa operasi pencarian barang-barang larangan dilakukan di dalam penjara tersebut dan pada masa yang sama sebilah pisau cukur turut ditemui. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!