Covid-19: Semua daerah di Selangor bertukar zon hijau

Info grafik yang dimuat naik di laman sosial Facebook Selangor Task Force Covid-19 hari ini.
Info grafik yang dimuat naik di laman sosial Facebook Selangor Task Force Covid-19 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima, semua daerah di Selangor hari ini telah bertukar menjadi status zon hijau.

Selangor Task Force menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan lima kes baharu direkodkan di negeri itu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,199 kes.

"Syabas buat seluruh warga Selangor atas pencapaian ini!

"Tidak lupa juga para petugas kesihatan yang telah bertungkus lumus untuk 'menyembuhkan' Selangor daripada negeri paling teruk terkesan dengan COVID-19 kepada negeri zon hijau pada hari ini," katanya.

Semalam, hampir seluruh kawasan di Selangor menjadi zon hijau kecuali Kuala Langat yang masih kekal zon kuning dengan merekodkan sebanyak 637 jumlah kumulatif kes dan dua kes sedang dirawat.

Dalam pada itu, STFC turut mengingatkan penduduk Selangor agar sentiasa dapat terus mematuhi prodesur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menggelakan penularan wabak tersebut.

"Ingin ditekankan bahawa walaupun tiada kes aktif Covid-19 yang mempunyai kebolehjangkitan di Selangor, namun ini bukan bermakna kita boleh mengabaikan terus SOP serta pengamalan norma baru.

"Pada bila-bila masa, penularan tempatan boleh terbocor sekiranya kita bersikap cuai," katanya.

Artikel Berkaitan: