Juwairiya tersenarai calon Exco Selangor?

Juwairiya
Juwairiya
A
A
A

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mendakwa nama beliau tersenarai untuk dipertimbangkan mengisi jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan diumumkan Khamis ini.

Juwairiya bagaimanapun berkata, keputusan mengenai siapa yang dilantik menganggotai barisan Exco itu hanya diketahui pada hari pengumuman tersebut.

"Mungkin yang disenaraikan (menganggotai Exco) itu ada beberapa nama (ADUN kerajaan Selangor).

"Nama saya pun tersenarai tetapi yang dapat (lantikan) itu kita tunggulah hari Khamis ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dua jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor kosong iaitu Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar serta Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Exco Selangor: Borhan, Zawawi enggan ulas lanjut

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar yang disandang ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha sebelum ini kosong berikutan dilucutkan keahliannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula digugurkan daripada jawatan Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menjadi sebahagian daripada Kerajaan Selangor selain mengambil kira dinamik politik semasa pada peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan: