Empat kali banjir kilat dalam seminggu

Penduduk Kampung Perik, Kuala Nerang hari ini terpaksa membersihkan kawasan titi yang tersumbat dengan kayu.
Penduduk Kampung Perik, Kuala Nerang hari ini terpaksa membersihkan kawasan titi yang tersumbat dengan kayu.
A
A
A

KUALA NERANG - Sebanyak 20 keluarga sekitar mukim Kurong Hitam, Kampung Perik, Kuala Nerang di sini berdepan banjir kilat setiap kali hujan lebat selama dua jam di kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Mohd Azlan Ibrahim, 33, berkata, mereka terpaksa berdepan situasi tersebut sehingga terpaksa mengalihkan perabot dan barangan elektrik ke tempat yang lebih tinggi di dalam rumahnya.

Menurutnya, banjir kilat tersebut berpunca daripada titi dan pembetung tidak sempurna di kampung tersebut yang gagal menampung laluan air banyak setiap kali hujan lebat.

Mohd Azlan (kiri) bersama dua penduduk Kampung Perik menunjukkan pembetung lama yang perlu ditukarkan dengan segera.
Mohd Azlan (kiri) bersama dua penduduk Kampung Perik menunjukkan pembetung lama yang perlu ditukarkan dengan segera.

"Titi tersebut dibina tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dengan dua tiang di bawahnya sehingga menyebabkan kayu dan buluh yang turut dari bukit-bukit sekitar ke dalam sungai itu tersangkut di titi menyebabkan laluan air tersumbat.

"Pembetung pula adalah jenis lama dibuat daripada besi selain kecil untuk menampung laluan air yang banyak dari kawasan sekitar ini. Jika hujan lebat, air yang melalui pembetung ini juga jadi lambat selain turut dipenuhi kayu dan ranting lama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perik di sini hari ini.

Mohd Azlan berkata, pada minggu ini sahaja rumahnya sudah empat kali ditenggelami air dan terbaharu adalah pada pagi ini.

"Kami merayu kepada pihak berkuasa untuk membantu kami mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak tahun 2015.

Artikel Berkaitan:

"Buat sementara waktu, saya dah beberapa penduduk kampung membersihkan kawasan titi sungai dan juga pembetung agar tidak tersumbat dengan membuang kayu dan buluh yang tersangkut yang menjadi punca kepada banjir kilat," katanya.

Siti Bedah menunjukkan paras banjir kilat yang berlaku di rumahnya di Kampung Perik, Kuala Nerang setiap kali hujan lebat.
Siti Bedah menunjukkan paras banjir kilat yang berlaku di rumahnya di Kampung Perik, Kuala Nerang setiap kali hujan lebat.

Seorang lagi penduduk, Siti Bedah Ahmad, 65, pula berharap pihak berwajib dapat membantu penduduk di situ menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, pada minggu ini sahaja, sudah dua kali rumahnya ditenggelami air sedalam dua meter.

"Saya sudah tidak larat untuk membersihkan rumah setiap kali banjir berlaku," katanya.

Artikel Disyorkan