Covid-19: Perutusan khas PM malam ini

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19, malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada jam 8 malam.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Bernama

Artikel Berkaitan: