Bicara saman fitnah terhadap Shahrir Samad 26 Oktober depan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan tiga hari bermula 26 Oktober depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung isu tanah Felda.

Peguam, Ranjit Singh yang mewakili Shahrir selaku defendan memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 26, 27 dan 28 Oktober selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Wong Chee Lin.

"Empat atau lima saksi daripada pihak plaintif dan defendan akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: