X

Kindly register in order to view this article
!

Penguat kuasa DBKL mula pakai kamera badan

Perbarisan dan Sambutan Hari Penguatkuasa DBKL ke-51 di Ibu Pejabat Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan (JPK) di Kuala Lumpur semalam. - Foto ihsan Facebook DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sudah menggunakan kamera badan ketika bertugas di lapangan.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi DBKL hari ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemakaian kamera badan itu sebagai inisiatif menjaga integriti dalam mengekang salah laku anggota penguat kuasa dan orang awam.

Sebagai permulaan, katanya, sebanyak lima kamera badan akan digunakan sebagai perintis sebelum diperluaskan secara berperingkat.

"Jumlah tersebut akan ditambah kepada 100 unit pada akhir tahun ini dan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar sempena Perbarisan dan Sambutan Hari Penguatkuasa DBKL ke-51 di Ibu Pejabat Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan (JPK), Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, beliau berharap inisiatif tersebut dapat menyelesaikan salah anggap terhadap anggota penguat kuasa ketika menjalankan tugas oleh orang awam.

Nor Hisham
Nor Hisham

Sementara itu, pada program sama, Nor Hisham memaklumkan bahawa DBKL mengambil inisiatif meletakkan penanda aras air di lokasi hotspot banjir kilat sebagai panduan kepada pengguna.

"Penanda ini merupakan peringatan awal dan pemakluman kepada orang awam serta penduduk sekitar kawasan yang terbabit supaya dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Penanda yang seumpama ini akan direka dengan lebih baik lagi supaya mudah dilihat dan difahami," katanya.

Penanda aras banjir yang akan DBKL pasang di lokasi hotspot sekitar Kuala Lumpur sebagai langkah penduan kepada orang awam. - Foto ihsan Facebook DBKL
Penanda aras banjir yang akan DBKL pasang di lokasi hotspot sekitar Kuala Lumpur sebagai langkah penduan kepada orang awam. - Foto ihsan Facebook DBKL

Dalam kejadian Khamis lalu, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk Kampung Periuk di Kampong Bharu, Lebuh Ampang dan Masjid Jamek dinaiki air susulan banjir kilat yang melibatkan kerosakan harta benda serta kerugian.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!