X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Tiada aset PCB akan dijual, kata MB Perak

Ahmad Faizal Azumu
A
A

LUMUT - Aset-aset milik anak syarikat kerajaan Perak, Perak Corporation Berhad (PCB) tidak akan dijual termasuk Lumut Port.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perubahan telah dilakukan dalam pengurusan PCB dengan melantik tokoh-tokoh korporat sebagai Lembaga Pengarah PCB untuk memastikan syarikat kembali membawa keuntungan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, pihak pengurusan PCB yang baharu itu juga sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengeluarkan syarikat daripada senarai Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

"Kita tak ada niat nak jual mana-mana aset yang ada. Malahan apabila lembaga pengarah baharu berjumpa dengan saya, saya telah mengatakan kita perlu 'turn around' syarikat tanpa menjual apa-apa aset walau sebatang pensel sekali pun.

"Kita boleh menggunakan kreativiti dan usaha kuat untuk membantu mengembalikan PCB sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23 (PB23) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menguasai sepenuhnya pegangan di dalam Lumut Port.

ARTIKEL BERKAITAN: PCB didakwa bakal bankrap

Mengenai dakwaan yang dilemparkan Pengerusi Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak, Datuk Hamidah Osman terhadap masalah dihadapi PCB, beliau menjelaskan perkara itu tidak tepat.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang didedahkan tidak mempunyai asas dan tidak diketahui sumber sebenar.

Terdahulu, Hamidah dalam satu sidang akhbar di Ipoh mendedahkan bahawa PCB bakal bankrap dan aset-aset milik syarikat itu akan dijual termasuk Lumut Port bagi membayar hutang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!