X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas perlu rujuk pengagihan kerusi, dapatan Jawatankuasa MN

Ciapan Fathul Bari di Twitter beliau semalam sebagai respons terhadap cadangan kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditandingi Pas. Gambar kiri: Fathul Bari Mat Jahya
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya meminta Pemuda Pas meneliti soal pengagihan kerusi dan hasil dapatan Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) terlebih dahulu sebelum membuat cadangan.

Fathul Bari berkata, ia sebagai respons terhadap kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mencadangkan agar 14 kerusi daripada Parlimen Kelantan selain Terengganu (lapan), Kedah (15) dan Perlis (tiga) ditandingi parti itu selepas Muktamar Pemuda Pas meluluskan usul minimum 50 kerusi Parlimen.

"Perlis ada tiga Parlimen sahaja. Dua kerusi UMNO iaitu Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainol dan satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tuan Noor Amin Ahmad.

"Itu baru Perlis, cadangan jumlah tak salah, cuma elok Yang Berhormat buat kajian soal pengagihan kerusi dan hasil dapatan Jawatankuasa MN. Lebih cermat," kata Fathul Bari menerusi ciapan di Twitter semalam.

Pada 12 September lalu, Pemuda Pas meluluskan usul yang dikemukakan agar parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Usul tersebut dikemukakan oleh Pemuda Pas kawasan Bagai Serai dan kemudiannya dibuka untuk dibahaskan sebelum ia dipersetujui sepenuhnya oleh perwakilan Muktamar Pemuda Pas kali ke-61.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!