Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands

Satu laluan dibuka pada kenderaan untuk laluan Jalan Tapah - Cameron Highlands hari ini. - Foto Ihsan PDRM
Satu laluan dibuka pada kenderaan untuk laluan Jalan Tapah - Cameron Highlands hari ini. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

TAPAH - Tiga kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Pahang, Tapah - Cameron Highland di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian tanah runtuh itu berlaku di Batu 10, Batu 16 dan Batu 20 di sini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan dan berlakunya kesesakan sejauh dua kilometer.

“Pasukan peronda polis (MPV) diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima makluman awal sekitar jam 8 pagi.

“Pihak bomba dan syarikat Belati Wangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan. Pada jam 12 tengah hari satu lorong dibuka untuk laluan kenderaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: