Tiga ditahan kes simbah cat Bangunan MCA

PDRM
PDRM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki warga tempatan ditahan Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes ugut dan simbah cat di bangunan MCA cawangan Pasir Gudang di sini, Ogos lalu.

Ketua Polis Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan umur 29 hingga 46 tahun itu ditahan di Negeri Sembilan pada jam 12.30 tengah hari.

“Dalam kejadian pada 16 Ogos lalu kira-kira 1.30 petang, pengadu yang ketika itu berada di bangunan MCA di Taman Johor Jaya, mendapati terdapat kesan disimbah cat merah di hadapan pejabat.

“Selain itu, terdapat satu nota dilekatkan di hadapan pintu pagar hadapan premis bertulisan Cina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, hasil semakan mendapati, kesemua yang ditahan mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

Kesemua mereka telah direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Artikel Berkaitan: