Lelaki ditemui mati dalam kenderaan

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletak di tepi jalan. Gambar hiasan.
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletak di tepi jalan. Gambar hiasan.
A
A
A

LABUAN - Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan denai kembara terkenal di Tanjung Kubong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki yang lengkap berpakaian sukan itu ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dengan enjin kenderaan masih hidup oleh orang awam pada 6 petang.

“Selepas menerima maklumat mengenai kejadian, sepasukan polis dan pasukan perubatan digegaskan ke lokasi. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia dan tiada unsur jenayah ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu menghidap penyakit darah tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Bernama

Artikel Berkaitan: