X

Kindly register in order to view this article
!

BWF tunda saingan Piala Thomas, Uber 2020

Piala Thomas dan Uber
A
A

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) mengambil keputusan menangguhkan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 selepas penarikan diri beberapa pasukan utama pada temasya terbesar arena badminton dunia berkenaan.

Menurut badan induk badminton dunia itu, BWF dengan kerjasama Badminton Denmark telah melakukan persiapan rapi untuk memastikan kejohanan berprestij ini berlangsung dengan selamat.

"Ini termasuk berusaha keras untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua peserta.

"Namun memandangkan perkembangan berkaitan Covid-19 baru-baru ini di seluruh dunia, terdapat pasukan memilih untuk tidak ke Denmark dan BWF harus dihormati keputusan mereka.

"BWF kini giat mengenal pasti tarikh lain bagi penjadualan semula ini tetapi pada tarikh sebelum 2021," kata BWF dalam kenyataan itu.

Saingan Piala Thomas dan Uber sebelum ini dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 3 hingga 11 Oktober depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!