Sila log masuk terlebih dahulu.

KUFC rehatkan barisan jurulatih

Kenyataan di Facebook rasmi KUFC
Kenyataan di Facebook rasmi KUFC
A
A
A

KELAB Bola Sepak Kelantan United (KUFC) melakukan kejutan dengan merehatkan barisan jurulatih pasukan itu berkuat kuasa serta-merta meskipun saingan Liga Perdana masih berbaki empat perlawanan lagi.

Setiausaha Kehormat, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, keputusan drastik terpaksa diambil setelah perbincangan menyeluruh pihak kelab kerana melihat situasi semasa pasukan yang memerlukan jurulatih bagi menghadapi baki perlawanan dalam masa terdekat.

Katanya, tempoh rehat Zahasmi Ismail selaku ketua jurulatih bersama dua penolongnya iaitu Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali akan dimaklumkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak nanti.

“Keputusan ini dibuat menerusi satu mesyuarat khas yang berlangsung di Kota Bharu malam tadi bagi memulihkan semula prestasi pasukan dan mengambil kira situasi semasa pasukan.

“Berikutan itu, KUFC telah mencari jurulatih baharu sementara mengisi kekosongan itu. Seterusnya KUFC adalah diharapkan kembali menunjukkan persembahan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan pada permulaan saingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama beliau berkata, KUFC merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Zahasmi serta pembantunya atas khidmat mereka membantu pasukan sejak musim 2019 sehingga membawa kepada kejayaan muncul juara Liga Amatur (M3) dan layak ke Liga Premier Malaysia musim ini.

Katanya juga, KUFC berharap penyokong-penyokong bola sepak akan terus bersama pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Perdana selepas ini kerana sokongan turut menjadi kekuatan kepada pemain.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan layak ke saingan Piala Malaysia dan Liga Super musim depan.

Artikel Berkaitan: