X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Api yang marak telah memusnahkan 90 peratus struktur rumah dalam kebakaran di Taman Malek, Alor Setar pagi tadi.
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Taman Malek, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.32 pagi itu, tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 52 tahun, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sempat menyelamatkan diri.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 5.41 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 30’ x 80’ kaki sedang terbakar hampir 90 peratus.

"Selain itu, dua buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar hampir 30 peratus," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba di lokasi menggunakan dua aliran, 200 kaki tiga pancutan untuk mengawal serta memadam kebakaran bagi mengelakkan api merebak.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.30 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!