Hari tu tegur, hari ini timbang, Najib

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap ‘pilih bulu’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila masih lagi berdolak dalik untuk mengambil tindakan terhadap calon Dap, M. Manogaran yang jelas melanggar undang-undang pada hari pengundian bagi PRK Cameron Highlands, Sabtu lalu.

Jelasnya lagi, berbeza pula dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya pada PRK Sungai Kandis, Ogos tahun lalu apabila SPR dan Bersih pantas membuat laporan polis kerana membuat kenyataan dalam Facebook tentang PRK itu pada hari pengundian.

“Calon Dap di Cameron Highlands telah jelas melanggar undang-undang pada hari membuang undi, siap dengan alasan yang amat lemah (Saya terlalu busy, sudah kelam-kabut, saya lupa).

“Hari itu, SPR kata no problem. Sudah settle kerana kita sudah 'tegur'. Selepas menerima kecaman hebat dari rakyat, hari ini SPR kata mereka kini mahu 'timbang'' untuk mengambil tindakan terhadap calon DAP.

“Hari itu tegur hari ini timbang,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju logo parti: Bersih desak SPR buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya mohon maaf, tak sengaja pakai baju logo parti'

Artikel Berkaitan: