X

Kindly register in order to view this article
!

Tingkatkan kualiti perkhidmatan internet

Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A

KISAH dihadapi penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang terpaksa mengambil peperiksaan di atas pokok gara-gara mahu mendapat capaian internet telah membuka mata kita semua.

Jika suatu ketika dahulu, masalah kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya sering dilaporkan tetapi kini internet merupakan satu keperluan penting untuk mengubah kehidupan rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), capaian isi rumah kepada internet meningkat sebanyak 3.1 peratus mata kepada 90.1 peratus pada tahun 2019 berbanding 87.0 peratus pada 2018. Penggunaan internet di Malaysia turut meningkat kepada 84.2 peratus pada 2019 berbanding 81.2 peratus pada 2018.

Sementara itu, peratusan capaian telefon bimbit kekal sebanyak 98.2 peratus pada 2019, manakala peratusan capaian isi rumah kepada komputer menurun 71.3 peratus pada 2019 berbanding 71.7 peratus pada 2018.

Aktiviti paling popular dalam kalangan pengguna internet adalah menyertai rangkaian sosial iaitu 97.1 peratus, sementara aktiviti popular lain termasuk memuat turun gambar, filem, video atau muzik, bermain atau memuat turun permainan (84.7 peratus).

Analisis pengguna internet mengikut kumpulan umur menunjukkan individu berusia 20 hingga 24 tahun cenderung menggunakan internet untuk mencari pekerjaan (49.5 peratus) dan menonton televisyen secara atas talian (56.3 peratus). Kumpulan berusia 25 hingga 29 tahun lebih memilih aktiviti perbankan internet (61.5 peratus) dan membeli barangan atau perkhidmatan melalui e-Dagang (45.1 peratus).

Individu dalam lingkungan usia 35 hingga 39 tahun lebih aktif menggunakan perkhidmatan berkaitan perjalanan atau penginapan perjalanan (32.6 peratus).

Kelompok berusia antara 45 hingga 49 tahun pula berminat dengan isu politik atau sivik (21.1 peratus). Bagaimanapun, tahap kualiti perkhidmatan internet di Malaysia terutama di kawasan luar bandar masih belum memuaskan.

Kadar kelajuan internet perlu dipercepatkan lagi tetapi pada masa yang sama, harga yang ditetapkan perlu dikurangkan pada kadar yang sesuai dengan kemampuan rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!