X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja ladang maut terkena bilah sabit

Mayat mangsa ditemui di Ladang Bukit Asahan, Jasin sebelum dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat hari ini.
A
A

JASIN - Seorang pekerja ladang maut akibat terkena sabit yang digunakan pada alat pengait kelapa sawit di sebuah ladang sawit di Ladang Bukit Asahan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Misnan, 32, merupakan seorang warga Indonesia.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada polis bantuan ladang berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan pekerja di ladang tersebut ditemui rakannya dalam keadaan terbaring di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, mangsa dikatakan mahu mengelak daripada dihempap tandan kelapa sawit yang dipotongnya, bagaimanapun sabit pada galah yang dipegang tercabut dan terkena kepadanya.

"Siasatan awal dipercayai berlaku apabila sabit pemotong buah sawit terkena jantung mangsa ketika mangsa melakukan kerja-kerja di ladang itu.

"Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!