Dua mangsa hilang ditemui selamat di Thailand

Dua mangsa hanyut hingga ke Pantai Pasir Panjang, Thailand selamat tiba Jeti Tanjung Rhu kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam.
Dua mangsa hanyut hingga ke Pantai Pasir Panjang, Thailand selamat tiba Jeti Tanjung Rhu kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki dan wanita yang dikhuatiri hilang sejak tiga hari lepas di perairan Teluk Yu ditemui selamat di Pantai Pasir Panjang, Thailand, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, mangsa, Nor Aishah Musa, 31 dan Bhon Heng Sang, 32, ditemui selamat bersama sebuah bot oleh nelayan Thailand.

Katanya, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima laporan berkaitan kehilangan bot bersama mangsa daripada abang mangsa wanita kira-kira jam 12.10 pagi pada Ahad lepas dengan mengaktifkan Operasi Carilamat sejam kemudian.

“Kita mengatur gerak sebuah bot Petir dan Kapal KM Siangin untuk melaksanakan pencarian dan dibantu oleh aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) melibatkan sektor pencarian seluas 47.2 batu nautika persegi.

"Bagaimanapun, kita menerima laporan daripada polis mengenai penemuan dua orang mangsa lebih kira-kira jam 9.30 malam semalam," katanya dalam kenyataan.

Mohd Zawawi berkata, mereka berdua ditemui di Pantai Pasir Panjang, Thailand selepas hanyut akibat kehabisan minyak dan mengalami kerosakan pada enjin bot.

"Kita mengatur urusan penghantaran pulang mangsa pagi ini dengan bantuan daripada nelayan Thailand di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Tanjung Kemarong Langkawi," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka selamat dibawa ke Jeti Tanjung Rhu pada jam 12.10 tengah hari semalam untuk menjalani saringan kesihatan daripada pejabat Kesihatan Ayer Hangat sebelum dibenarkan pulang.

Artikel Berkaitan: