POPULAR Online tawar promosi hebat sempena ulang tahun ke-5

Jualan ulang tahun ke-5 POPULAR Online bermula hari ini sehingga 2 Oktober depan.
Jualan ulang tahun ke-5 POPULAR Online bermula hari ini sehingga 2 Oktober depan.
A
A
A
RANGKAIAN kedai buku POPULAR menawarkan promosi hebat sempena ulang tahun ke-5 POPULAR Online bermula hari ini sehingga 2 Oktober depan.

POPULAR dalam kenyataan medianya berkata, dalam tempoh lima tahun ini, POPULAR Online telah berkembang daripada menyediakan buku berbahasa Cina kepada menjual buku berbahasa Melayu dan Inggeris, alat tulis, CD-rama serta gajet dan IT.

Menurut kenyataan itu, untuk menghargai sokongan pelanggan, rebat dan promosi hebat ditawarkan secara eksklusif kepada mereka di POPULAR Online.

"Pelanggan boleh mendapatkan rebat sehingga 70 peratus untuk buku dan produk kegemaran sempena jualan ulang tahun ini," kata kenyataan itu.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran harian, rebat segera, pembelian atas pembelian dan rebat caj penghantaran sepanjang promosi berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, boleh layari www.popularonline.com.my atau laman Facebook rasmi POPULAR.

Artikel Berkaitan: