X

Kindly register in order to view this article
!

Kamarul Zaman mahu saman Hannah Yeoh

Kamarul Zaman Yusoff dan Hannah Yeoh
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berdepan tindakan saman oleh Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Kamarul berkata, tindakan itu berdasarkan nasihat peguamnya susulan kenyataan dikeluarkan Hannah di Facebook yang didakwa mengecam dan memfitnah beliau.

Menurutnya, kenyataan Hannah merupakan maklum balas hantaran yang dimuat naik beliau bersama satu poster majlis dialog bersama Ahli Parlimen Segambut itu.

Katanya, susulan hantaran dimuat naik Hannah itu, beliau telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.

"Ekoran kecaman dan fitnah ini, pengikut beliau secara beramai-ramai membuat pelbagai komen yang mengecam dan memfitnah saya dengan teruk di Facebook beliau.

"Saya akur dengan nasihat peguam saya dan akan memulakan tindakan perundangan ke atas Hannah hari ini juga," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!