Karangkraf sumbang 100 naskhah al-Quran untuk IPD Machang

Muhammad Nasir (kanan) menyampaikan gimik sumbangan al-Quran kepada Ganti pada Majlis Kacha Sugho Peringkat IPD Machang hari ini.
Muhammad Nasir (kanan) menyampaikan gimik sumbangan al-Quran kepada Ganti pada Majlis Kacha Sugho Peringkat IPD Machang hari ini.
A
A
A

MACHANG - Bagi mengimarahkan bacaan al-Quran melibatkan anggota keselamatan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menyumbangkan 100 naskhah al-Quran kepada anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Machang di sini, hari ini.

Sumbangan diserahkan pada program Kacha Sugho Peringkat IPD Machang yang disertai 200 anggota bersama keluarga mereka.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, tujuan utama sumbangan tersebut adalah untuk meraikan bacaan al-Quran melibatkan anggota keselamatan terutama polis.

"Kita faham polis adalah mereka yang sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang cukup besar kepada negara. Namun sebagai umat Islam, kita mesti patuh kepada peraturan ALLAH dan bacalah al-Quran walaupun untuk lima minit sehari.

Muhammad Nasir (kanan) tidak melepaskan peluang mengacau bubur asyura pada Majlis Kacha Sugho Peringkat IPD Machang hari ini.
Muhammad Nasir (kanan) tidak melepaskan peluang mengacau bubur asyura pada Majlis Kacha Sugho Peringkat IPD Machang hari ini.

"Kami berharap dengan sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anggota dan keluarga bagi menambah ketakwaan kita kepada ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian di IPD Machang hari ini.

Program Kacha Sugho tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh anggota IPD Machang dengan dibantu oleh Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan masyarakat setempat.

Dalam program berkenaan, empat kawah bubur asyura disediakan hasil sumbangan daripada Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian dan Syarikat Ezz Maju Trading.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana menjayakan aktiviti tahunan itu dengan baik berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Muhammad Nasir (tiga dari kanan) bersama anggota polis IPD Machang pada Majlis Kacha Sugho peringkat IPD itu hari ini.
Muhammad Nasir (tiga dari kanan) bersama anggota polis IPD Machang pada Majlis Kacha Sugho peringkat IPD itu hari ini.

"Semuanya berjalan lancar dan pertama kali program Kacha Sugho ini melibatkan masyarakat luar. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan untuk kita sama-sama masak bubur asyura tahun ini.

"Hubungan silaturahim itu yang penting, bila sama-sama buat kerja dan gotong-royong, keakraban itu akan makin kukuh," katanya.